Bicara Ekspress kali ini berkesempatan berbicara dengan Mohd Hisham, salah seorang daripada pengusaha yang terlibat dalam menjual kerepek keju Cheezy Gila di bawah syarikat Rizqal Mjadid yang masih lagi merupakan seorang pelajar sendiri.
Dengan membawa jenama kerepek keju sendiri dengan nama Cheezy Gila, Mohd Hisham berkongsi pengalaman dan ilham membina produk mereka yang berdasarkan minat ketiga-tiga rakan kongsi. Minat yang mendalam membolehkan mereka mengembangkan bisnes sehingga balik modal dan berdaya saing walaupun terdapat jenama yang lebih besar sebagai pesaing.
Dengan dua orang lagi rakan kongsi, Mohd Hisham terus bersemangat dalam menjual kerepek Cheezy Gila meskipun tidak mempelajari ilmu bisnes secara formal. Walaupun baru setahun lebih berniaga, mereka sudahpun berupaya dengan pendapatan yang balik modal.
Brought to you by
Download