Dengarkan temubual Bicara Ekspress dalam episod ini dengan pengusaha TABS, Nurul Aina yang memilik konsep perniagaan unik dengan berniaga menggunakan skuter dan bukan trak seperti kebiasaan.
Nurul Aina bermula dengan perniagaan roti bakar TABS di tahun akhir ijazahnya, kini meneruskan perniagaan secara tetap kerana minat. Berikutan minat juga, beliau menerapkan beberapa idea sendiri yang unik dan berbeza yang menjadikan konsep perniagaan beliau menyerlah dibandingkan dengan pesaing lain.
Meski bukan daripada keluarga yang berniaga dan memiliki ijazah perniagaan dengan teknologi maklumat, Nurul Aina tekad berniaga sendiri berikutan minat beliau yang mendalam dan juga daripada keinginan untuk mencari pendapatan tambahan. Hasil berniaga dengan skuter adalah inovasi daripada kekurangan modal untuk membeli trak sendiri.
Brought to you by
Download