|
Description:
|
|
14
Februari ialah Hari Kekasih yang dirayakan secara meluas di Barat. Namun,
mungkin ramai yang tidak tahu bahawa orang China juga mempunyai hari kekasih
sendiri, iaitu Qi Xi atau “Double Seven” dalam bahasa Inggeris, kerana hari ini
dirayakan pada 7 hb bulan ketujuh menurut kalendar lunar Cina. Ada juga yang
menyebut hari tersebut sebagai “Hari Keterampilan Perempuan”, “Hari Jadi Saudari
Ketujuh” atau “Malam Keterampilan”. Budaya tradisi perayaan Qi Xi juga
diperkenalkan di negara-negara jiran, seperti Jepun, Korea Selatan dan
Vietnam.
Qi
Xi telah dikategorikan dalam senarai warisan budaya bukan kebendaan peringkat
negara oleh Dewan Negara China pada 2006. |